Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
213) PEMBINAAN JAMBATAN DI PEKAN KUNDANG YANG TELAH UZUR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk pembinaan jambatan di Pekan Kundang yang telah uzur yang dikhuatiri akan mendatangkan bahaya kepada pengguna?
Ya, Kerajaan Negeri ada perancangan untuk menggantikan jambatan di atas Sg. Kundang (B149/000/80) yang telah uzur. Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR) telah melantik perunding untuk melaksanakan kerja reka bentuk.