Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
17) PEMBINAAN JAMBATAN BAHARU (KEDUA) MENGHUBUNGI TELUK BUNUT, BANTING KUALA LANGAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dinampakkan ramai pemandu kenderaan dan kenderaan berat menggunakan satu-satunya jambatan dari arah Dengkil, Teluk Datok ke Pekan Banting, Pantai Morib. Keadaan sesak berlaku di jambatan tersebut adakah Kerajaan Negeri bercadang membina sebuah jambatan baharu (kedua) untuk menyuraikan kesesakan lalulintas di lokasi tersebut?
Jambatan yang dimaksudkan berada di Jalan Persekutuan PT 5 di bawah penyeliaan JKR Malaysia. Pihak JKR Selangor akan memohon kajian lanjut dilaksanakan oleh pihak JKR Malaysia.
-
Apakah langkah dan cara penyelesaian yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan Jalan Sultan Abdul Samad (jalan utama selepas jambatan), Banting?
Pihak JKR Selangor akan memohon kajian lanjut dilaksanakan oleh pihak JKR Malaysia.