Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

324) PEMBINAAN JAMBATAN BAGI LALUAN KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUNG BATU 17 SEBERANG HULU LANGAT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha terkini pihak kerajaan dalam usaha membina semula jambatan yang telah musnah akibat banjir besar 2021 ini?

    Lawatan tapak terkini bersama pihak UPEN telah diadakan pada 15.1.2025 bagi melihat keadaan sebenar di tapak perincian skop kerja serta kos untuk pembinaan semula jambatan tersebut.

  2. Sekiranya ada, mohon jelaskan saiz ukuran tersebut memandangkan kemudahan ini penting bagi kenderaan ringan warga kampung berhubung dengan pekan berhampiran.

    Berdasarkan perbincangan tersebut, saiz kelebaran yang dicadangkan bagi laluan tersebut adalah 4 meter iaitu bersesuaian dengan kegunaan kenderaan ringan untuk kemudahan penduduk setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.