Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
230) PEMBINAAN JALANRAYA DI KAWASAN PERUMAHAN BARU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon menyatakan perancangan kerajaan negeri membina jalanraya baru di Jalan Semenyih-Broga disebabkan limpahan kenderaan yang mungkin tidak lagi dapat ditampung oleh Jalan Kajang-Semenyih (FT01) akibat banyaknya taman-taman perumahan baru lalu yang diluluskan. Di DUN Semenyih, tidak kurang daripada 10 taman perumahan baru yang telah diluluskan oleh kerajaan. Pertambahan taman perumahan baru dan juga industri telah meningkatkan bilangan kenderaan di jalanraya. Dalam sedikit masa lagi jalanraya sedia ada sudah tidak dapat menampung kenderaan yang sebegitu banyak dan akibatnya masyarakat berhadapan dengan trafik jem setiap hari walaupun pada hari-hari cuti atau kelepasan am.
Jalan Semenyih-Broga adalah dibawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya.
-
Apakah disyaratkan kepada pemaju untuk membina jalan baru yang dihubungkan ke lebuhraya di taman perumahan yang dibangunkan dan janganlah hanya bergantung kepada jalan utama yang sedia ada?
Pihak pemaju Setia Ecohill Sdn. Bhd. dan Eco Majestic Sdn. Bhd. telah disyaratkan oleh MPKj untuk membina jalan baru keluar ke Lebuhraya Lekas dan buat masa ini pembinaan jalan oleh pihak Setia Ecohill telah dijalankan di tapak dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2015.
-
Mohon menyatakan statistik kajian trafik di laluan utama dalam DUN Semenyih.
Laluan utama dalam DUN Semenyih adalah dibawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya.