Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

101) PEMBINAAN JALAN SUBANG -SG. BULOH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan raya yang di bina oleh JKR Subang - Sg Buloh sudah hampir siap dan menimbulkan masalah dan memangsakan penduduk. Beberapa perbincangan telah dilakukan bersama ADUN, JKKK dan lebih 1000 Pekilang-pekilang. Namun tidak ada tindakan dari pihak JKR. Sebelum pembinaan jalan raya, ada empat jalan memasuki Kg. Baru Sg Buloh. Kini hanya satu jalan sempit memasuki kawasan ini dan menimbulkan kesesakan trafik yang dahsyat. Apakah langkah -langkah untuk membetulkannya

    Untuk makluman, semasa reka bentuk jalan dibuat pada tahun 2001, hanya terdapat satu sahaja jalan utama iaitu Jalan Welfare menuju ke Kg.Baru Sg.Buloh manakala tiga jalan yang dimaksudkan itu hanya laluan kecil untuk kenderaan ringan yang dibuat sendiri oleh penduduk di situ.

     

    Semasa pembinaan sedang dibuat, jalan yang dikenali sebagai persimpangan Megamas ini semakin kerap digunakan dan atas faktor jalan ini di reka bentuk untuk kenderaan ringan sahaja pihak perunding yang dilantik mereka bentuk tanpa mengambil faktor kenderaan berat akan melaluinya.

     

    Maka atas faktor keselamatan dan keselesaan pengguna, persimpangan Megamas ini di rekabentuk hanya untuk dilalui oleh kenderaan ringan sahaja dan kenderaan berat boleh menggunakan laluan sedia ada iaitu Jalan Masuk Kg. Baru

  2. Pekilang-pekilang dengan treler panjang terpaksa membuat U-Turn beberapa kilometer sebelum dapat memasuki ke kilang masing-masing di Kg. Baru Sg. Buloh. Mengapakah cadangan untuk melebarkan jalan bagi memudahkan treler-treler memasuki tidak mendapat perhatian. Apakah perancangan untuk menyelesaikan masalah ini.

    Isu ini telah pun dibangkitkan di dalam dua sesi pertemuan antara Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur, pihak perunding kontraktor, YB ADUN Kota Damansara dan wakil pengilang terbabit.

     

    Dalam mesyuarat tersebut, Unit Projek Khas Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Kuala

    Lumpur tidak dapat membuka persimpangan berlampu isyarat masuk ke Jalan Megamas seperti yang dipohon oleh YB ADUN Kota Damansara dan wakil pengilang atas faktor keselamatan serta reka bentuk yang telah diluluskan.

     

     

    Walau bagaimanapun, YB ADUN Kota Damansara dan wakil pengilang bersetuju membuat rayuan permohonan rasmi kepada Ibu Pejabat JKR Malaysia agar  cadangan pembukaan persimpangan ini dapat dipertimbangkan. Tetapi sehingga kini, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur masih belum menerima surat permohonan tersebut.

     

    Berkenaan simpang masuk Jalan Welfare, JKR Negeri dalam proses memanggil tawaran dan kerja dijangka dimulakan awal Disember 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.