Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

194) PEMBINAAN JALAN PINTAS

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kesesakkan jalan raya berlaku peningkatan di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung sehingga kerap berlakunya kemalangan. Apakah kerajaan akan mengambil inisiatif dalam menyegerakan pembinaan jalan pintas dari Widuri melalui Golf Club untuk ke Plaza Tol Bukit Beruntung?

    Jalan pintas yang dimaksudkan merujuk kepada  Projek Membina Jalan dan Menaiktaraf Sebahagian Laluan di Persiaran Bunga Raya ke Jalan Widuri, Bukit Beruntung, Daerah Hulu Selangor. Projek ini telah diluluskan dalam RMKe-12. Mengikut jadual perancangan, pelaksanaan projek ini akan bermula pada tahun 2024 dengan proses pelantikan pihak perunding untuk kerja-kerja rekabentuk.

Lampiran

Tiada Lampiran.