Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

221) PEMBINAAN JALAN KERETAPI DI KAWASAN TAMAN SUNGAI SIREH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk penduduk-penduduk Taman Sungai Sireh seramai 89 keluarga yang mana rumah mereka akan dirobohkan tidak lama lagi untuk pembinaan jalan keretapi yang akan di bina oleh ECRL?

    Seramai 89 keluarga yang telah dikenalpasti terkesan secara langsung dengan jajaran ECRL akan diberikan pampasan selaras dengan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960). Pampasan yang akan diberikan kepada penduduk yang terlibat melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) Negeri Selangor (JKPTG Selangor) akan dikira berdasarkan kepada laporan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Daerah Klang (JPPH Klang).

     

    Pihak JKPTG Selangor telah mengeluarkan Borang E kepada tuan tanah pada 25 September 2023 bagi melaksanakan siasatan pertama dan dilaksanakan mulai 30 Oktober 2023 sehingga 8 November 2023 sebagai medium perbincangan dan penyelarasan antara pihak Kerajaan Negeri melalui JKPTG Selangor dengan tuan tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.