Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

51) PEMBINAAN JALAN BARU DI ANTARA CHERAS HARTAMAS DAN TAMAN SEGAR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kepada pemohonan peruntukan bawah Kerajaan Negeri untuk membina jalan di antara Cheras Hartamas dan Taman Segar oleh MPAJ?

    Surat permohonan peruntukan bagi cadangan pembinaan jalan alternatif ini telah dikemukakan melalui YB Tuan Ir. Izham bin Hashim pada 15 April 2022. Kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM500,000.00. Untuk makluman, aluan alternatif ini perlu diwartakan sebagai rezab jalan bagi membolehkan pihak jabatan membuat cadaganan terperinci laluan tersebut. Sehingga kini pihak MPAJ masih belum menerima sebarang peruntukan bagi pelaksanaan laluan alternatif tersebut. Pembinaan cadangan jalan baharu ini juga melibatkan tanah kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan TNB.

Lampiran

Tiada Lampiran.