Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

56) PEMBINAAN JALAN ALTERNATIF KAWASAN PERUMAHAN/KILANG DESA SUBANG PERMAI U6 SHAH ALAM

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berkaitan jalan tersebut?

    Berikut adalah status terkini berkaitan pembinaan jalan alternatif di kawasan kilang Desa Subang Permai Seksyen U6, Shah Alam

    • Pihak MBSA melalui Jabatan Kejuruteraan dalam proses lantikan perunding bagi bagi kerja-kerja pembinaan jalan alternatif Desa Subang Permai dan dijangka lantikan perunding ini pada awam bulan Disember 2021.
    • Pihak MBSA melalui Jabatan Perancangan Perancangan telah mengadakan mesyuarat bersama pemilik tanah lot 72300 (4028) serta lot 4012 & 4013 berhubung cadangan menyerahkan sebahagian tanah untuk dijadikan jalan keluar masuk pada 21hb. Oktober 2021. Pada dasarnya, pemilik tanah tersebut telah bersetuju dengan cadangan jalan tersebut dan serahan sebahagian tanah yang terlibat. Bagi pemilik tanah selebihnya iaitu pemilik lot, 4009, 4010, 4011, 4014, 4015, 4016, 4017, 4018, 4019, 4020, 4021, 4022 & 4023, mesyuarat akan diadakan setelah pelan terperinci berkaitan cadangan keluar masuk dan serahan rezab jalan disediakan dan lantikan perunding dimuktamadkan oleh Majlis.

     

  2. Apakah punca utama kelewatan pembinaan jalan tersebut?

    Antara faktor kelewatan pembinaan jalan tersebut :-

    • Pihak Majlis perlu mengenalpasti pemilik lot-lot tanah di sekitar jajaran bagi pembinaan jalan alternatif tersebut.  Ianya perlu diteliti terlebih dahulu sebelum pengambilalihan tanah dilakukan
  3. Apakah garis masa "timeline" untuk perancangan/perlaksanaan/pembinaaan/pengunaan jalan tersebut yang melibatkan pihak perunding, JKR, MBSA atau lain-lain (jika ada)?

    Pihak Majlis melantik perunding untuk ‘Road Safety Audit’ (RSA) peringkat 1 sehingga 5 untuk cadangan persimpangan seperti yang telah disyaratkan oleh pihak JKR Selangor untuk kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.