Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

188) PEMBINAAN IPT DALAM PROJEK PEMBANGUNAN SERANTAU BERSEPADU SELATAN SELANGOR (IDRISS) DI SUNGAI PELEK, SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tanah seluas 100 ekar untuk pembangunan Kolej Universiti New Era tersebut?

    Sebagai makluman, hasrat untuk membangunkan Kolej Universiti New Era masih lagi diteruskan dimana pihak Pengurusan Kolej New Era telah mengadakan pertemuan bersama pemilik hartanah yang berkaitan bagi memuktamadkan cadangan tapak bagi pembangunan kolej yang dicadangkan.

  2. Memandangkan IPT tersebut ditaja sepenuhnya oleh Komuniti, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan sumbangan khas untuk pembinaan IPT ini?

    Setakat ini Kerajaan Negeri belum memutuskan sebarang bantuan khas terhadap projek ini. Berdasarkan pertemuan dan perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri bersama wakil Pengurusan Kolej dimaklumkan bahawa peruntukkan telah tersedia dan hanya menunggu cadangan tapak bagi pembangunan kolej tersebut dimuktamadkan.

     

    Dalam usaha membantu merealisasikan cadangan pembangunan kolej tersebut, Kerajaan Negeri sentiasa berhubung rapat dengan pihak Pengurusan Kolej dan juga pemilik hartanah yang berkaitan bagi memantau perkembangan berkenaan cadangan pembangunan kolej ini.

     

    Selain itu, cadangan projek pembangunan kolej ini telah disenaraikan sebagai salah satu projek pembangunan dalam IDRISS dan juga dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) serta dipantau oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Pelaksanaan Projek Pembangunan Integrated Development Region In South Selangor” (IDRISS) yang bermesyuarat secara berkala.

Lampiran

Tiada Lampiran.