Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
38) PEMBINAAN INCINERATOR DI SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat?
Incinerator merupakan salah satu daripada pelbagai teknologi moden yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara-negara maju. Sehingga saat ini, tiada perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk membina incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat.
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai kepakaran yang cukup untuk menguruskan selia incinerator ini?
Pengurusan serta kepakaran penyeliaan sesebuah loji incinerator bergantung kepada ‘business model’ yang Oleh kerana tiada perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk membina incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat, maka perkara ini tidak wajar ditimbulkan.
-
Adakah pembinaan incinerator ini dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan selepas siap?
Sememangnya setiap loji incinerator yang beroperasi akan memberikan peluang pekerjaan. Namun demikian, oleh kerana tiada perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk membina incinerator di Shah Alam dan Kuala Langat, maka jumlah peluang pekerjaan yang akan tercipta dengan pengoperasian incinerator masih belum dapat dipastikan.