Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

138) PEMBINAAN HOSPITAL GIGI DI SUNGAI TERAP, DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pembinaan projek hospital gigi di Sungai Terap, Daerah Kuala Selangor akan diteruskan?

    Projek di Sungai Terap tersebut merupakan pembinaan sebuah Klinik Pergigian Tanjung Karang yang terletak bersebelahan dengan tapak pembinaan Projek Hospital Tanjung Karang. Projek ini akan diteruskan dan kini telah selesai fasa 1 iaitu kerja-kerja tanah. Seterusnya adalah fasa 2 iaitu dalam proses semakan rekabentuk dan senarai kuantiti bagi projek ini sebelum penyediaan dokumen tender.

  2. Jika ya, berapakah jumlah kos projek tersebut dan bilakah ia dijangka dapat disiapkan sepenuhnya?

    Jumlah kos projek adalah bergantung kepada semakan rekabentuk dan senarai kuantiti bagi projek berkenaan. Jangkaan tempoh pembinaan ialah 24-36 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.