Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
36) PEMBINAAN HOSPITAL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membina sebuah hospital baru di kawasan Bukit Beruntung memandangkan kepadatan penduduk yang semakin meningkat saban tahun dan hospital Kuala Kubu Bharu yang terletak agak jauh dan sudah lama dan ini menyulitkan penduduk untuk mendapatkan rawatan?
Sehingga pertanyaan ini dikemukakan, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berhubung keperluan sebuah hospital di Bukit Beruntung.
Sekiranya terdapat permohonan, kajian akan dibuat terlebih dahulu memandangkan Kadar Penggunaan Katil di Hospital Kuala Kubu Bharu yang terletak 36 kilometer dari Bukit Beruntung hanya 55.83% daripada jumlah katil di hospital berkenaan.