Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
323) PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI DI TAMAN BUKIT TERATAI & KEMUDAHAN SEKOLAH AGAMA KAMPUNG CHERAS BARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang rancangan untuk membina semula dewan orang ramai yang terbakar di Taman Bukit Teratai dalam tahun 2014?
Pembinaan Dewan Orang Ramai di Taman Teratai tidak dimasukkan di dalam program pembangunan tahun 2014. Namun begitu, berdasarkan keperluan masyarakat setempat, penduduk disarankan untuk menggunakan dewan lain yang berhampiran dalam kawasan tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang rancangan untuk menambahbaikkan bangunan dan kemudahan Sekolah Rendah Agama Kampung Cheras Baru dalam tahun 2014?
Tiada rancangan untuk menambahbaikkan bangunan dan kemudahan Sekolah Rendah Agama Kampung Cheras Baru dalam tahun 2014 kerana tiada sebarang permohonan berkaitan diterima. Walaubagaimanapun, semakan mendapati bahawa sekolah tersebut telah mendapat bantuan PLB untuk tujuan penambahbaikan pada tahun 2013.