Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

1) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN OLEH PIHAK JKR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek pembinaan dan menaiktaraf sistem saliran dan perparitan oleh pihak JKR di Kampung Bukit Kapar?

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Laluan B1 & B202 dari Pekan Meru ke Puncak Alam, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Antara skop projek yang terlibat adalah pengalihan utiliti, menaiktaraf longkang-longkang tanah di sepanjang laluan dan melebar serta menaiktaraf jambatan sempit. Peratus kemajuan kerja di tapak adalah seperti berikut – 95.75% (Jadual) berbanding 96.23% (Sebenar) dan antara kerja-kerja yang sedang berjalan di tapak adalah kerja roadbase, kerja pembinaan cerun dan pembinaan roadkerb.

  2. Berapakah kos pembinaan dan bilakah akan siap?

    Kos keseluruhan projek ini berjumlah RM 49, 891, 332.05 dan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Oktober 2018.

  3. Apakah sebabnya projek ini masih belum siap sehingga kini?

    Antara punca yang menyebabkan kelewatan projek ini adalah isu –isu yang berkaitan dengan pengalihan dan penyambungan utiliti TNB dan Air Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.