Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

62) PEMBINAAN BONGGOL JALAN UNTUK JALAN-JALAN JKR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan yang perlu dipatuhi untuk membina bonggol-bonggol di jalan negeri dan jalan persekutuan yang diselenggara oleh JKR?

    Garispanduan bagi pembinaan bonggol adalah terkandung di dalam Manual Fasiliti Keselamatan Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik JKR Malaysia. Pembinaan bonggol perlu mematuhi tujuan-tujuan seperti berikut :

     

    1. Meningkatkan keselamatan bagi sesuatu jalan terutama untuk pejalan kaki dan penuggang basikal yang melintas jalan
    2. Meningkatkan kualiti sekitaran di taman-taman perumahan dengan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk sekitar
    • Mengawal dan memudahkan pergerakan trafik yang melalui sesuatu kawasan seperti memberi ruang dalam aliran trafik untuk kenderaan yang hendak keluar/masuk dari persimpangan
  2. Apakah spesifikasi pembinaan bonggol ini? Lampirkan lukisan spesifikasinya

    Spesifikasi pembinaan bonggol boleh diperolehi melalui Manual Fasiliti Keselamatan Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik JKR Malaysia. Rujuk Lampiran 1.

     

  3. Apakah anggaran jabatan untuk membina setiap satu bonggol jalan ini mengikut spesifikasi ini?

    bonggol halaju, bum halaju, satah halaju) kerana rekabentuk bonggol yan gberbeza mengikut kategori dan jenis. Selain dari itu, anggaran kos juga bergantung kepada lebar jalan (melibatkan kuantiti baharan turapan), kuantiti garisan penanda jalan serta perabot-perabot jalan lain yang perlu dipasang bersamanya untuk tujuan keselamatan. Anggaran kasar jabatan bagi membina set bonggol (bonggol termasuk papan tanda dan papan amaran, road marking) adalah RM50 Ribu bagi kelebaran purata jalan 7 meter.

Lampiran

Tiada Lampiran.