Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
329) PEMBINAAN BONGGOL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banyak permohonan pembinaan bonggol diterima terutamanya di kawasan perumahan dan sekolah, senaraikan prosedur dan proses permohonan pembinaan bonggol dan jangka masa kelulusan permohonan tersebut.
Proses/ Prosedur Permohonan Bonggol seperti berikut:
- Permohonan dihantar kepada JKR Daerah.
- Jurutera Daerah memberi ulasan dan pengesyoran kepada Pengarah JKR Selangor (jalan Negeri) / Menteri Kerja Raya (jalan Persekutuan) untuk kelulusan.
Jangka masa permohonan adalah di antara 1 hingga 2 bulan berdasarkan kecukupan dokumen dan penilaian di tapak.
-
Apakah asas yang membolehkan sesuatu permohonan ditolak?
Sesuatu permohonan ditolak sekiranya Isipadu trafik melebihi 6000 kenderaan sehari dan tidak memenuhi salah satu kriteria seperti berikut dan juga penilai di tapak:
- Kawasan pilihan seperti sekolah, hospital, atau perumahan.
- Kawasan dengan aktiviti pejalan kaki yang tinggi.
- Persimpangan bermasalah.
- Kadar kemalangan yang tinggi yang memerlukan tindakan segera.