Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

58) PEMBINAAN BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN DI SETIAP PBT

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah pembinaan bantuan rumah kerajaan prihatin mengikut susunan setiap daerah pada tahun 2015 hingga kini.

    Permohonan Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada semua rakyat di Negeri Selangor mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Senarai pemohon yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2015 sehingga kini adalah seperti di JADUAL 1.

     

    JADUAL 1

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2015 – 2016

     

    TAHUN

     

    DAERAH

    2015 2016 JUMLAH MENGIKUT DAERAH
    BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH
    KLANG 9 5     14
    PETALING 4 3     7
    KUALA LANGAT 9 11   3 23
    HULU LANGAT 3 4 1 4 12
    SABAK BERNAM   5 5
    KUALA SELANGOR 8   3 11
    GOMBAK 5 5   2 12
    HULU SELANGOR 3 7 1 9 20
    SEPANG   8 8
    JUMLAH KESELURUHAN 33 43 2 34 112

     

    PETUNJUK JUMLAH
    BB – Bina Baru 35
    BP – Baikpulih 77
    Jumlah keseluruhan 112

     

  2. Apakah kemudahan yang telah disediakan di dalam rekabentuk rumah tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, menyediakan dua jenis bantuan rumah iaitu bina baru rumah 3 bilik dengan kos RM35,000.00 bagi sebuah rumah dan baikpulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bergantung kepada kerosakan yang dialami. Bagi bantuan bina baru rumah 3 bilik, rumah tersebut adalah dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, dapur, dan bilik air. Dengan keluasan rumah seluas 660 kaki persegi ini cukup untuk menampung sebuah keluarga kecil dan agak selesa untuk didiami. Manakala bagi bantuan baikpulih rumah, kerosakan yang dialami oleh pemohon akan dikenalpasti dan disahkan oleh Bahagian Teknikal Pejabat Daerah yang berkenaan dengan mengemukakan Bill of Quantity (BQ) untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah diadakan.

     

  3. Kos pembinaan setiap rumah prihatin.

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.