Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
110) PEMBINAAN BANGUNAN RAKSASA DI ZON INDUSTRI BEBAS HULU KELANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Tujuan apakah bangunan ini dibina?
Pembangunan ini dibina adalah bagi tujuan penyimpanan barang dan ruang perniagaan oleh pemaju Area Ventures Sdn Bhd.
-
Bilakah permohonan dibuat dan bila diluluskan?
Pelan Kebenaran Merancang telah diluluskan oleh MPAJ dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil. 02/2016 dan pelan kelulusan Kebenaran Merancang diluluskan pada 17/10/2016.
Pelan Kerja Tanah dan Pelan Infrastruktur telah diluluskan oleh MPAJ dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil. 04/2017 bertarikh 22/2/2017 dan pelan kelulusan diluluskan pada 13/4/2017.
-
Adakah had tempoh zon tersebut diwartakan sebagai zon industri bebas?
Tiada had tempoh.