Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

117) PEMBINAAN BANGUNAN DI KAWASAN LAPANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Menyatakan penjelasan tentang pembinaan padang golf dan medan selera di tanah lapang yang berada di Jalan Perdana 6/1, Pandan Perdana, Ampang. Sebab-sebab meluluskan pembinaan bangunan tetap di kawasan lapang yang mana kerajaan hanya memberi tol?

    MPAJ meluluskan kebenaran merancang setelah mendapat ulasan dan sokongan
    jabatan-jabatan teknikal berkaitan dan telah dikemukakan dalam Mesyuarat
    Jawatankuasa Perancangan & Pelan Bangunan bil. 5/2002 bertarikh 17 Mei 2002.
    Melalui kebenaran merancang tersebut maka bangunan tersebut dibenarkan untuk
    dibina.

  2. Sama ada medan selera yang beroperasi di tanah lapang tersebut mempunyai lesen perniagaan sah untuk padang golf, medan selera dan tempat cuci kereta yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kalau tidak, nyatakan bilangan operasi yang telah dijalankan oleh PBT setiap tahun sejak tahun 2006. Berikan dengan terperinci jumlah kompaun yang Berjaya dikutip dari pihak medan selera, jika ada.

    Medan selera tersebut telah dilesenkan oleh Majlis dan tiada kompaun dikeluarkan.

  3. Sama ada Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil alih kawasan lapang ini memandangkan kekurangan kawasan lapang disekitarnya.

    Tapak tersebut akan dijadikan kawasan lapang selepas tanah tersebut diwartakan
    sebagai kawasan lapang. Proses pewartaan sedang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah /
    Daerah Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.