Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
16) PEMBINAAN BAN MENGGUNAKAN KAEDAH SCHEMATIC PRECAST SYSTEM (SPS)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Daripada nilai dana RM10 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan ban menggunakan kaedah Schematic Precast System (SPS), berapakah nilai yang bakal diperuntukkan untuk kawasan taman perumahan seperti di Taman Saujana Aman, Kuala Selangor yang kerap dilanda banjir?
Untuk makluman Yang Berhormat, Sistem Panel Serbaguna (Schematic Precast System – SPS) adalah teknologi pembinaan dalam bentuk bahan panel konkrit pratuang yang dipasang ke dalam sistem struktur rangka dan dinding konkrit di mana tanah dimasukkan di dalam kerangka dan seterusnya dipadatkan di dalam kerangka tersebut. Sistem SPS banyak digunakan di negara Indonesia untuk tujuan penambakan sungai, jalan masuk, tembok penahan, asas tetulang jalan kereta api dan sebagainya. Pengisian tanah di dalam SPS dilakukan secara lapisan demi lapisan dengan pemadatan yang baik dan terdapat proses sambungan kerangka secara tersusun dan terancang.
Penggunaan SPS adalah sebagai tindak balas mengurangkan sebarang hakisan sama ada melibatkan sungai, saliran atau pantai. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengintegrasikan penggunaan SPS sebagai inisiatif dan teknologi baru digunapakai untuk pelaksanaan projek di bawah Kerajaan Negeri bagi mengatasi risiko hakisan dan runtuhan pada struktur projek sekali gus mengurangkan risiko banjir dan runtuhan cerun/ tanah akibat kerosakan pada struktur asas. Cadangan penggunaan SPS merangkumi pendekatan bersepadu yang menerapkan konsep SPS dengan mengambilkira analisa model Plaxis dalam mereka bentuk dan menganalisis kestabilan bagi struktur cadangan projek. Selain itu, membantu menyediakan langkah jangka panjang melalui penerapan konsep ini melalui perancangan projek, pelaksanaan, penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan bagi memastikan peralihan yang berjaya dari konsep konvensional yang sedia ada. Kelebihan penggunaaan SPS adalah seperti berikut:-
- SPS tidak memerlukan sebarang cerucuk;
- SPS dihasilkan mengikut piawaian kualiti;
- SPS mudah dibina, menegak atau mendatar;
- SPS boleh diisi dengan campuran bahan tempatan, pasir atau batu;
- SPS Berfungsi sebagai pengimbang;
- SPS adalah monolit (Nisbah kekuatan besar kepada berat);
- SPS adalah tahan beban dinamik, mempunyai pemadat yang lebih padat, geometri terkawal dan penjajaran struktur – jika terdapat penurunan ia akan teragih sama rata;
- SPS boleh menerima aliran air melebihi ketinggian struktur (overtopping);
- SPS lebih berkesan dan cekap dalam penggunaan dan permintaan tanah;
- SPS mempunyai estetika yang tinggi dan penampilan boleh disesuaikan mengikut keperluan;
- SPS mempunyai jangka hayat yang panjang – kos penyelenggaraan minimum; dan
- SPS adalah pelbagai fungsi untuk pelbagai jenis kerja pembinaan.
Perbandingan Schematic Prescast System (SPS) dengan Conventional Retaining Wall adalah seperti berikut:-
- Assessment Information:
- Very Less
- Less
- Enough
- Good
- Very Good
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan melaksanakan projek perintis Kerja-Kerja Membaikpulih dan Pengukuhan Ban Sungai Langat manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor akan melaksanakan projek perintis Kerja-Kerja Membaikpulih Tebing di Sebahagian Jalan Bagan Pasir, Daerah Kuala Selangor. Kerajaan Negeri akan membuat penilaian terhadap keberkesanan pelaksanaan kaedah ini untuk diperluaskan penggunaannya ke kawasan yang lain.
Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan risiko banjir melibatkan kawasan perumahan seperti Taman Saujana Aman, Kuala Selangor, JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Kuala Selangor telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan jangka masa pendek di kawasan Taman Saujana Aman bagi mengurangkan kekerapan banjir. Antara kerja yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Bagi penyelesaian jangka masa panjang melibatkan Taman Saujana Aman, JPS Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2, Selangor dengan kos berjumlah RM781,844,076.00 kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui JPS Malaysia untuk permohonan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Rolling Plan ke-5. Namun demikian, projek tersebut tidak diluluskan. JPS Negeri Selangor akan mengangkat permohonan semula bagi projek baharu di bawah RMKe-13.