Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
150) PEMBINAAN BALAI RAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan Balairaya di jalan Serendah Makmur yang telah dipohon sejak 3 tahun lalu tetapi masih tiada jawapan? Jika sudah ada perancangan, sila nyatakan.
Jabatan Kejuruteraan MPHS tidak menerima permohonan cadangan pembinaan Balairaya daripada pihak Taman Serendah Makmur. Pihak jabatan juga telah membuat semakan dengan pihak Bahagian Pembangunan, PDTHS pada 9 November 2021. Berdasarkan semakan tersebut, didapati bahawa tiada sebarang permohonan pembinaan balai raya di Jalan Serendah Makmur yang pernah dikemukakan kepada kedua-dua pihak sebelum ini.
Jabatan Kejuruteraan MPHS akan menyelaraskan perkara ini dan akan direkodkan sebagai permohonan baharu untuk dimasukkan dalam senarai perancangan kerja MPHS bagi tahun 2022 untuk pertimbangan lanjut yang sewajarnya sekiranya terdapat peruntukan yang sesuai untuk membiayai projek ini. Permohonan projek ini juga dicadangkan supaya dapat dikemukakan melalui surat rasmi kepada pihak MPHS bagi membantu kelancaran tindakan susulan pada masa akan datang.