Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
58) PEMBINAAN 12 KIOSK
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan 12 kiosk peniaga kecil yang telah diluluskan oleh MBSA di hadapan Pejabat Adun ?
Projek ini akan diiklankan pada 19 Mac 2018 dan berakhir pada 26 Mac 2018. Kerja-kerja di tapak dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada bulan Mei 2018 setelah proses penilaian tender
-
Apakah status cadangan pembinaan kompleks pasar moden 6 tingkat di atas sebahagian lot 1057 Seksyen U19 Paya Jaras Tengah ?
Status pewartaan tapak Pasar Moden di Seksyen U19 masih dalam peringkat penyediaan kertas kerja oleh Pejabat Tanah DaerahTanah Petaling (PTD) dan masih belum di angkat ke MMKN untuk tindakan kelulusan
Pihak PTD memaklumkan kesukaran untuk mewartakan tapak padang bola bersekali dengan tapak pasar moden memandangkan kedua-dua tapak tersebut mempunyai kegunaan yang berbeza.
Sekiranya permohonan pewartaan tapak padang bola tidak diluluskan, keluasan tapak pasar moden yang boleh dibangunkan adalah berkeluasan 1,937 ekar.