Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
196) PEMBINAAAN JALAN BARU DI KAWASAN PERUMAHAN DAN KILANG SEDIA ADA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah sebarang dasar kerajaan untuk membina jalan baru di kawasan-kawasan perumahan sedia atas sebab-sebab keadaan semasa seperti faktor keselamatan penduduk, harta benda atau kacau ganggu ?
Cadangan membina jalan baru di kawasan-kawasan perumahan sedia ada boleh diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya terdapat jajaran rizab-rizab jalan sedia ada yang belum dibangunkan yang boleh digunakan sebagai pembinaan jalan alternatif di sesuatu kawasan perumahan atau kilang. Keperluan penyediaan rizab jalan untuk jalan atau laluan ini akan ditetapkan melalui kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bagi sesuatu permohonan pembangunan kawasan baru dengan mengambilkira pembangunan sedia ada.