Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

357) PEMBIAYAAN PELAKSANAAN PROGRAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan perincian pembiayaan Kerajaan Negeri atau anak-anak syarikat khususnya MBI bagi melaksanakan program yang berbentuk karnival sepanjang tahun 2024 ?

    MBI telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri sebagai Agensi Pelaksana Utama yang mengurus dan mengendalikan projek-projek di bawah SABDA bagi mengimbangkan pertubuhan ekonomi dan alam sekitar, memelihara dan mempromosikan warisan budaya, memperkenalkan keindahan alam dan bidiversiti serta meningkatkan kesejahteraan komuniti. Antara langkah yang diambil oleh MBI bagi memastikan objektif projek direalisasi adalah dengan menganjurkan Karnival Ban Canal dengan jumlah pembiayaan program berjumlah RM1.05 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.