Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

259) PEMBIAKAN LALAT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana proses penguatkuasaan terhadap pengusaha ladang yang didapati melakukan kesalahan membenarkan pembiakan lalat di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan pelaksanaannya?

    Proses penguatkuasaan terhadap pengusaha ladang yang didapati melakukan kesalahan membenarkan pembiakan lalat adalah berdasarkan Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan Peraturan-peraturan Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2008 di mana pesalah akan dikompaun setelah mendapat keizinan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).  Jumlah kompaun yang ditawarkan tidak melebihi dua (2) ribu ringgit tetapi tidak kurang daripada tiga (3) ratus ringgit. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) boleh menggantung dan membatalkan lesen jika pemegang lesen jika pemegang lesen (penternak) melakukan kesalahan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri pernah mengambil tindakan terhadap pengusaha ladang mengikut Enakmen Perladangan Unggas dalam tempoh 15 tahun?

    Kerajaan Negeri pernah mengambil tindakan terhadap pengusaha ladang mengikut Enakmen Perladangan Unggas dalam tempoh 15 tahun yang lalu.  Salah satu contoh adalah tindakan ke atas sebuah premis (ladang) ternakan ayam pedaging di Kampung Belia 1, Sabak Bernam yang melibat berpuluh-puluh aduan daripada penduduk kampung di sekitarnya.  Ladang ini telah dikompaun dan pernah digantung lesen (tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti penternakan ayam). Jadual tindakan-tindakan lain yang telah diambil ke atas pengusaha ladang mengikut Enakmen Perladangan Unggas dalam tempoh 15 tahun adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.