Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
116) PEMBESARAN KUIL TANPA KEBENARAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kenapa tiada tindakan terhadap pembesaran kuil-kuil terutama dalam kawasan perumahan yang mana ianya tiada berdaftar langsung walaupun laporan terhadapnya telah di hantar
Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Negeri Selangor satu keputusan terhadap
pembinaan dan pembesaran rumah-rumah ibadat selain Islam telah diputuskan di
dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 18/2008 yang telah diadakan pada 9 Julai
2008 memaklumkan bahawa :-
Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengenakan kompaun / bayaran
kepada pemilik-pemilik rumah ibadat yang dibina secara haram dan bayaran
kompaun ini perlu dijelaskan secara berterusan sehingga pemilik-pemilik rumah
ibadat tersebut memohon untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan “
Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga bersetuju supaya semua PBT
mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana struktur yang baru dibina tanpa
kebenaran dan surau atau masjid juga tidak terkecuali daripada tindakan ini”
Bagi sebarang tindakan perobohan rumah-rumah ibadat yang dibina sebelum Mac
2008 perlu dirujuk kepada pertimbangan Kerajaan Negeri terlebih dahulu bagi yang
dibina tanpa kebenaran setelah Mac 2008 tindakan perobohan boleh dibuat sertamerta dengan memaklumkan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, terdapat
sebilangan rumah-rumah ibadat yang telah menerima notis perobohan memohon
tempoh untuk proses perpindahan. Oleh yang demikian, pemberian tempoh masa
tersebut menyebabkan sesetengah tindakan perobohan ditangguhkan sementara.
Tempoh masa yang diberikan adalah bergantung pada pihak berkuasa negeri.