Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
188) PEMBESARAN JALAN KAMPUNG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan pembesaran jalan kampung di kawasan Jeram yang perlu ditambahbaikkan bagi jaminan keselamatan pengguna? Jalan di kampung sekitar Jeram menjadi tarikan pengguna luar dan tempatan kenderaan susur keluar masuk bagi menjalani kehidupan harian.
Pembesaran jalan kampong atau menaiktaraf jalan kampung di bawah PDT Kuala Selangor adalah tertakluk kepada kelulusan di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia dan peruntukan yang dapat disediakan oleh Kerajaan Negeri. Secara umumnya, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan pelebaran jalan kampung apabila terdapat keperluan atau permohonan daripada penduduk. Namun beberapa perkara perlu diberi perhatian dan diambil kira sebelum kerja-kerja menaiktaraf dijalankan seperti keluasan rizab jalan yang telah diwartakan dan kesesuaian menaiktaraf jalan dari sudut teknikal.
-
Lampu tiada dan jalan sempit.
Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap isu kekurangan lampu jalan di jalan-jalan kampung. Atas sebab tersebut, permohonan lampu jalan yang diterima akan dimasukkan dalam senarai perancangan bagi pemasangan lampu solar yang akan dilaksanakan secara berperingkat tertakluk kepada peruntukan kewangan Kerajaan.