Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
220) PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Syarikat atau pihak mana yang bertanggungjawab untuk membersihkan logboom dan interceptor yang dipasang di Sungai Klang?
Pihak yang bertanggungjawab bagi operasi dan penyelenggaraan logboom adalah Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB). Manakala pihak Landasan Lumayan Sd Bhd (LLSB) bertanggungjawab bagi pengoperasian dan penyelenggaraan dua (2) Interceptor yang terletak di Sungai Klang melalui operator yang dilantik iaitu FB World Services Sdn Bhd.
-
Apakah prestasi kontraktor pembersihan tersebut?
Prestasi kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan Sungai Klang adalah memuaskan melalui pemantauan secara berterusan oleh pihak LLSB. Jumlah sampah yang telah dikeluarkan daripada Sungai Klang pada tahun 2022 adalah sebanyak 6, 117 metrik tan dan pada tahun 2023 adalan sebanyak 5,389 metrik tan, mencatatkan pengurangan kutipan sampah sebanyak 11.9% peda tahun 2023 berbanding dengan kutipan pada tahun 2022. Secara keseluruhannya, jumlah sampah yang dikutip mencatatkan penurunan sebanyak 67% pada tahun 2023 berbanding kutipan sampah pada tahun 2016.
-
Bilakan pusat pengasingan sampah Sungai Klang yang ditaja oleh Coca-Cola akan dibina?
Kerja-kerja rekabentuk dan penyediaan tapak bagi pusat pengasingan sampah Sungai Klang yang terletak berhampiran logboom Sungai Pinang telahpun bermula pada 22 Januari 2024. Operasi pusat pengasingan sampah ini dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2024, tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan.