Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
137) PEMBERSIHAN LONGKANG OLEH KONTRAKTOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap kerja-kerja pembersihan longkang yang dilakukan oleh kontraktor KDEB yang kurang memuaskan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 di bawah Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit untuk melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Parit Tidak Bertuan Secara One-Off dan Berperingkat di Negeri Selangor secara dua (2) Fasa dengan masing-masing sebanyak RM2,500,000.00 bagi setiap satu fasa.
Bagi Fasa 1, peruntukan sebanyak RM2,500,000.00 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan kerja penyelenggaran. Berikut adalah perincian kerja yang akan dilaksanakan:-
Bil. Tajuk Kerja Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja – Kerja Penyelenggaraan Sebahagian Tebing Anak Sungai Kubu Berhampiran Asrama SMK Kuala Kubu Bharu Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor 86,124.00 11.11.2024 –
9.12.2024
Dalam Pelaksanaan 2. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Parit Kawasan Mukim Hujung Permatang dan Lain-Lain Kerja Berkaitan, Daerah Kuala Selangor 145,998.50 14.11.2024 –
9.1.2025
Dalam Pelaksanaan 3. Kerja-Kerja Pembersihan Parit Tidak Bertuan Secara One-Off, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1) 103,850.00 4.11.2024 –
15.12.2024
Dalam Pelaksanaan 4. Kerja-Kerja Penyelengaraan Parit Tanah di Kg. Jenderam Hilir dan Kg. Jenderam Hulu Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan 179,080.00 19.11.2024 –
24.12.2024
Dalam Pelaksanaan 5. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Saliran dan Kerja-Kerja Berkaitan di Kg. Bukit Raya dan di Taman Langat Jaya, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan 211,950.00 13.11.2024 –
13.2.2025
Dalam Pelaksanaan 6. Kerja-Kerja Menyelenggara, Mengorek dan Membersih Parit-Parit Tidak Bertuan Serta Kerja Berkaitan, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat 226,830.00 14.11.2024 –
9.1.2025
Dalam Pelaksanaan 7. Kerja-Kerja Pembersihan Parit Tidak Bertuan Secara One-Off, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1) 317,865.00 11.11.2024 –
11.2.2025
Dalam Pelaksanaan 8. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara One-Off Sistem Perparitan (Parit Tidak Bertuan) di Mukim Batu dan Mukim Setapak Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan, Daerah Gombak, Selangor 262,700.00 14.11.2024 –
9.1.2025
Dalam Pelaksanaan 9. Kerja-Kerja Penyelengaraan Secara One-Off Sistem Perparitan (Parit Tidak Bertuan) di Mukim Rawang Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Daerah Gombak, Selangor 216,475.00 14.11.2024 –
9.1.2025
Dalam Pelaksanaan 10. Kerja-Kerja Menyelenggara Parit Kawasan Sekinchan, Parit Kawasan Sg. Leman dan Parit Kawasan Sungai Besar Bagi Mengatasi Banjir dan Kerja Berkaitan, Daerah Sabak Bernam 220,500.00 14.11.2024 –
9.1.2025
Dalam Pelaksanaan 11. Kerja-Kerja Menyelenggara Parit Kawasan Sg. Nibong, Parit Kawasan Saliran dan Parit Kawasan Saliran Sg. Air Tawar Bagi Mengatasi dan Kerja Berkaitan, Daerah Sabak Bernam 200,000.00 14.11.2024 –
9.1.2025
Dalam Pelaksanaan Jumlah 2,171,372.50 Bagi Fasa 2 pula, JPS Negeri Selangor sedang membuat penilaian terhadap parit dan longkang yang tidak bertuan melibatkan maklumat yang diperoleh daripada agensi lain iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) kerana keperluan pelaksanaan kerja penyelenggaraan tersebut akan mengambil kira keutamaan berdasarkan lokasi hotspot banjir. Bagaimanapun, pelaksanaan kerja penyelenggaraan tersebut tetap akan diteruskan pada tahun 2024 ini sebagai persediaan menghadapi kemuncak musim Monsun Timur Laut (MTL).
Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Selangor hanya melaksanakan kerja penyelenggaraan parit tidak bertuan secara one-off pada tahun 2024 sahaja bagi tujuan mengurangkan risiko banjir terutama di kawasan hotspot banjir. Seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN akan menyelaras dasar parit, longkang dan jalan tidak bertuan di seluruh Negeri Selangor bagi menentukan pemilikan parit, longkang dan jalan tidak bertuan. Hasil penyelarasan dan penentuan pemilikan parit, longkang dan jalan tidak bertuan akan diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum berakhir tahun 2024.
-
Apakah status longkang dan parit yang tidak mempunyai tuan?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu Mesyuarat Penyelarasan Isu Jalan, Longkang dan Parit Tidak Bertuan Bil. 1/2024 yang diadakan pada 11 Januari 2024 telah membincangkan data dan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Mesyuarat bersetuju agar data dan maklumat tersebut diperhalusi dan dikemaskini.
Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur pada masa ini telah mengenal pasti sebahagian daripada longkang, parit dan jalan tidak bertuan mengikut bidang kuasa di bawah JPS Negeri Selangor, JKR Negeri Selangor, PBT dan PDT.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 18/2024 Yang Diadakan Pada 3 Julai 2024 Yang Telah Disahkan Oleh MMKN Ke 19/2024 Pada 17 Julai 2024 menimbangkan dan meluluskan peruntukan bagi cadangan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit tidak bertuan secara one-off dan berperingkat bagi tahun 2024 mengikut fasa seperti berikut:
- Fasa 1 – RM2,500,000.00 bagi parit tidak bertuan yang dikenalpasti oleh JPS Negeri Selangor.
- Fasa 2 – RM2,500,000.00 bagi parit tidak bertuan yang dikenalpasti oleh JKR Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri sedang merangka pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit, longkang dan jalan tidak bertuan. Melalui penyeragaman ini, masalah pertindihan tugasan di antara jabatan/agensi akan dapat di atasi dalam masa yang terdekat demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Selangor.
-
Adakah peruntukan disediakan kepada pihak (JPS) untuk memperbaiki longkang-longkang yang tersumbat dan rosak teruk dan lampiran terperinci untuk DUN Kota Kemuning?
Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Selangor akan melaksanakan kerja membaik pulih longkang-longkang yang tersumbat dan rosak teruk yang merangkumi longkang-longkang di bawah seliaan JPS. Berikut adalah senarai longkang-longkang di bawah seliaan JPS yang akan dibaik pulih:-
- Sungai Rasau dari Taman Bukit Kemuning hingga ke hilir Sungai Rasau.
Longkang/ Parit di Pintu Air Taman Sri Muda hingga ke Kolam Tadahan Banjir.