Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

38) PEMBERSIHAN LONGGOKAN SAMPAH SARAP PARCA BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Tempatan untuk mengatasi masalah longgokan sampah parca banjir yang wujud semula selepas kerja pembersihan kali pertama di buat?

    Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Tempatan bagi mengatasi masalah longgokan sampah pasca banjir yang berlaku selepas kerja pembersihan kali pertama adalah operasi pembersihan semula yang dinamakan sebagai Pasca Banjir Fasa 2. Operasi fasa kedua tersebut mula dilaksanakan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) pada 17 Januari 2022 di kawasan terjejas banjir teruk iaitu Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Kuala Langat. Operasi ini akan diteruskan sehingga semua sampah pasca banjir ini dibersihkan sepenuhnya.

  2. Adakah pihak penguatkuasa MPK membuat pemantauan kewujudan tapak pembuangan sampah haram oleh kontraktor yang di upah sendiri oleh penduduk untuk membuang sampah mereka pasca banjir?

    Pasukan Penguatkuasa ada membuat pemantauan pembuangan sampah pasca banjir di seluruh kawasan Klang. Sepanjang tempoh pasca banjir, pihak Majlis memastikan pembuangan sampah oleh penduduk terkawal.

  3. Berapa banyakkah lori-lori sampah haram yang dapat ditangkap oleh MPK ketika sedang membuang sampah-sampah banjir di tepi jalan?

    Pasukan penguatkuasa telah menyita sebuah lori yang membuang sampah di lokasi pasca banjir di sekitar Taman Klang Utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.