Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
207) PEMBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah aduan yang diterima oleh pihak PBT mengenai isu pembersihan kawasan tidak mengikut jadual?
Kesemua aduan berkaitan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam diselaraskan oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) melalui Centralized Command Center (CCC).
CCC hanya merekodkan aduan yang diterima secara rasmi sahaja dan tidak mengambil kira aduan yang disalurkan secara tidak rasmi. Sepanjang tahun 2021, sebanyak 78 aduan rasmi yang diterima mengenai pembersihan kawasan tidak mengikut jadual telah direkodkan oleh CCC KDEBWM. Pecahan aduan bagi tahun 2021 mengikut PBT adalah seperti yang berikut:
i) Majlis Bandaraya Shah Alam – 3 aduan yang diterima (1 pada bulan Januari, 1 pada bulan Ogos, 1 pada bulan November).
ii) Majlis Bandaraya Petaling Jaya – 3 aduan (1 pada bulan Januari, 1 pada bulan Februari, 1 pada bulan Mac);
iii) Majlis Bandaraya Subang Jaya – 15 aduan yang diterima (3 pada bulan Januari, 3 pada bulan Februari, 1 pada bulan Mei, 1 pada bulan Jun, 1 pada bulan Ogos, 3 pada bulan September, 1 pada bulan Oktober dan 2 pada bulan Disember);
iv) Majlis Perbandaran Klang – 12 aduan (8 pada bulan Januari, 2 pada bulan Februari, 1 pada bulan September dan 1 pada bulan Disember);
v) Majlis Perbandaran Ampang Jaya – 3 aduan (1 pada bulan Mei, 1 pada bulan November, 1 pada bulan Disember);
vi) Majlis Perbandaran Selayang – 9 aduan (7 pada bulan Januari, 1 pada bulan Mac, 1 pada bulan Disember);
vii) Majlis Perbandaran Kajang – 27 aduan (7 pada bulan Januari, 2 pada bulan Februari, 2 pada bulan Mac, 4 pada bulan April, 1 pada bulan Mei, 3 pada bulan Jun, 3 pada bulan Ogos, 4 pada bulan November, 1 pada bulan Disember);
viii) Majlis Perbandaran Sepang – 2 aduan yang diterima (1 pada bulan Mei dan 1 pada bulan Jun);
ix) Majlis Perbandaran Kuala Langat – Tiada aduan yang diterima;
x) Majlis Perbandaran Kuala Selangor – 3 aduan yang diterima (1 pada bulan Mei, 1 pada bulan Jun, 1 pada bulan Disember);
xi) Majlis Perbandaran Hulu Selangor – tiada aduan yang diterima; dan
xii) Majlis Daerah Sabak Bernam – 1 aduan diterima pada bulan Oktober.
Secara keseluruhannya, aduan yang diterima mengikut bulan pada tahun 2021 adalah—
i. Januari – 27 aduan;
ii. Februari – 8 aduan;
iii. Mac – 4 aduan;
iv. April – 4 aduan;
v. Mei – 5 aduan;
vi. Jun – 6 aduan;
vii. Julai – tiada aduan;
viii. Ogos – 5 aduan;
ix. September – 4 aduan;
x. Oktober – 2 aduan;
xi. November – 6 aduan; dan
xii. Disember – 7 aduan -
Apakah tindakan yang diambil oleh PBT terhadap aduan tersebut?
Kesemua aduan yang diterima akan diberikan maklum balas dalam tempoh 24 jam oleh KDEBWM. Bagi aduan yang mudah, tindakan pembetulan akan dilaksanakan dan diselesaikan pada hari yang sama.
Bagi aduan yang sederhana untuk diselesaikan seperti aduan pemotongan rumput yang melibatkan kawasan yang agak besar, tindakan akan diambil dalam tempoh dua (2) hingga lima (5) hari bergantung pada keluasan kawasan tersebut. Bagi aduan yang kompleks seperti longkang tersumbat yang memerlukan penggunaan jentera untuk penyelesaian, tindakan akan diambil dalam tempoh 14 hari atau 30 hari
Pada masa ini Kerajaan Negeri melalui PBT melaksanakan pengurusan pembersihan kawasan berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 7/2016 pada 24 Februari 2016 yang meluluskan cadangan mewujudkan Project Management Company (PMC) milikan Kerajaan Negeri sebagai pengurus bagi pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu di mana kontrak pengurusan pembersihan kawasan diserahkan kepada pihak KDEB Waste Management (KDEB) di semua kawasan PBT bagi memastikan kualiti dan mutu perkhidmatan yang standard di semua PBT di Negeri Selangor diberikan tanpa mengira sama ada PBT tersebut bertaraf bandaraya, perbandaran atau daerah. Antara kriteria yang dinilai di dalam proses pemilihan kontraktor oleh KDEBWM adalah seperti berikut:
i. Syarikat perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berstatus aktif;
ii. mempunyai ketersediaan aset yang bersesuaian;
iii. mempunyai ketersediaan aset tenaga kerja yang mencukupi;
iv. mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan;
v. mempunyai status pengurusan kewangan dan aliran tunai yang baik; dan
vi. Maklumat syarikat beserta dengan dokumen sokongan perlu dimasukkan dan dimuat naik di dalam sistem tender atas talian KDEBWM. Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
o Sijil SSM yang masih dalam tempoh sah laku;
o Sijil MOF yang masih dalam tempoh sah laku ( kod bidang : 221002 & 221003);
o Resit pendaftaran sistem tender online Selangor 2.0 (UPEN) yang masih dalam tempoh sah laku;
o Geran lori atau surat sewa lori yang berkaitan;
o Bukti tawaran kerja yang berkaitan; dan
o Penyata Bank Syarikat 3 bulan terkini yang sah.Walau bagaimanapun, pengurusan pembersihan kawasan yang diluar skop KDEBWM masih lagi diuruskan oleh PBT masing-masing dan agensi yang berkaitan. Contohnya kawasan pembangunan kediaman / komersil yang belum diserahkan kepada PBT oleh pemaju dan kawasan rezab jalan atau parit di bawah seliaan agensi lain contohnya Jabatan Kerja Raya (JKR).
-
Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memberikan kontrak pengurusan pembersihan kawasan kepada persatuan-persatuan penduduk yang aktif?