Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
104) PEMBERSIHAN DI SEPANJANG LANDASAN KERETAPI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa lamakah KTM akan membersihkan kawasan sekitar landasan keretapi di Daerah Klang?
Kawasan sekitar landasan dengan jarak 7 meter dari landasan (REL) adalah milik KTMB yang diuruskan oleh Pihak Merinyu Urusan Jalan (MUJ) iaitu salah satu unit di bawah KTMB dengan aturan pembersihan dengan frekuensi Empat Puluh Lima (45) hari setiap pusingan (lapan (8) Pusingan Setahun)
-
Berapa lama kontrak yang diberikan kepada kontraktor?
Kontraktor yang telah dilantik mula kerja bermula 01hb Mac 2022 sehingga 28hb Mac 2023 (1 tahun) dan akan disemak untuk keperluan lantikan seterusnya
-
Siapakah boleh dihubungi jika kontraktor tidak menjalankan kerja-kerja pembersihan?
Pegawai Bertanggungjawab (P.I.C) bagi kerja pembersihan tersebut adalah Encik Mohd Shaiful Hazaha di talian 012- 24x xxxx) / Encik Afandi ditalian 017- 55x xxxx) atau boleh menghubungi Pegawai Operasi Klang Encik Mohd Syafiq di talian 017 – 95x xxxx).