Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

43) PEMBERSIHAN DI PBT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kos yang dapat dijimatkan oleh kerajaan negeri mengikut PBT sejak pengambilalihan tersebut dikuatkuasakan?

    Setelah proses pengambilalihan dilaksanakan, semua PBT menyuarakan bahawa terdapat penjimatan terutama daripada segi kos berbanding semasa di bawah kendalian pihak AFSB. Jumlah penjimatan tersebut dapat dilihat seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Berapakah kos yang dikeluarkan untuk membeli lori sampah, alatan pembersihan dan penggajian kakitangan untuk mengurus pembersihan tersebut mengikut PBT?

    Setelah Kerajaan Negeri menyatakan keputusan bagi melakukan proses pengambilalihan bagi kerja-kerja kutipan sisa pepejal berkuat kuasa pada 16 Oktober 2011. Kebanyakan PBT telah memperuntukkan kewangan bagi membeli alatan pembersihan seperti lori dan sebagainya. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah membelanjakan sebanyak RM713,677.51 bagi membeli kenderaan seperti lori compactor dan lori RORO. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah PBT yang tidak mengeluarkan kos sebaliknya hanya menggunakan peralatan lama seperti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

  3. Apakah tindakan yang diambil oleh PBT berkenaan pelbagai rungutan dan aduan oleh masyarakat setempat berkaitan dengan keberkesanan pengurusan pembersihan sejak diambil alih oleh PBT?

    Antara langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi memastikan perkhidmatan kutipan sampah tidak terjejas adalah dengan menjalankan kerja-kerja back-up di tempat aduan dalam tempoh enam (6) jam waktu bekerja. Selain daripada itu, pihak MPK turut mengadakan mesyuarat dua

    (2) kali seminggu bersama kontraktor serta mengambil tindakan awal terhadap

    aduan yang diterima daripada penduduk. Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil langkah dengan melaksanakan pemantauan yang lebih cekap dan penguatkuasaan tegas terhadap kontraktor yang bermasalah.

    LAMPIRAN 1

          JUMLAH PENJIMATAN  
    BIL.   PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SETAHUN  
        (RM)  
    1. MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 22,844,403.60  
    2. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 15,000,000.00  
    3. MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 2,500,000.00  
    4. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 6,000,000.00  
    5. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 1,800,000.00  
    6. MAJLIS PERBANDARAN KLANG 6,000,000.00  
    7. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 12,705,884.62  
    8. MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 3,121,625.76  
    9. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 6,800,000.00  
    10. MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 1,220,824.75  
    11. MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR TIADA  
    12. MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 2,955,477.40
      JUMLAH PENJIMATAN SETAHUN 80,948,216.13

    *** sumber  : Semua PBT, Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.