Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
242) PEMBERSIHAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan pemantauan dan kawal selia kerja-kerja pembersihan di kawasan yang ditetapkan?
Pemantauan kerja-kerja kontraktor pembersihan awam dan kutipan sisa pepejal dilaksanakan setiap hari bagi memastikan kontraktor yang dilantik melaksanakan kerja seperti yang termaktub dalam spesifikasi kerja yang ditetapkan.
-
Apakah tindakan atau penalti yang dikenakan kepada kontraktor jika gagal mematuhi jadual yang ditetapkan?
Sekiranya kontraktor gagal melaksanakan kerja mengikut jadual atau spesifikasi mpkj akan mengeluarkan notis kegagalan yang akan membawa kepada pemotongan bayaran kepada kontraktor.
-
Apakah langkah yang diambil untuk memastikan kontraktor mematuhi piawaian kerja yang ditetapkan?
Pemantauan kawasan akan dilaksanakan setiap hari bagi memastikan kontraktor mengikut jadual kerja