Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
9) PEMBERIMILIKAN TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan permohonan dan pemberimilikan tanah dikeluarkan kepada penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru sejak Mac 2008 untuk kegunaan kediaman dan pertanian?
Bilangan permohonan dan pemberimilikan tanah yang dikeluarkan kepada Penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru sejak Mac 2008 hingga sekarang bagi tujuan bangunan kediaman dan pertanian adalah seperti berikut :-
Bilangan Kelulusan Permohonan Pemberimilikan Tanah Yang Telah Dikeluarkan Kepada Penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru Untuk Tujuan Bangunan Kediaman dan Pertanian DAERAH KAMPUNG TRADISI KAMPUNG BARU KLANG tiada 208 SABAK BERNAM 259 737 GOMBAK tiada 785 HULU SELANGOR 26 28 PETALING tiada 1079 HULU LANGAT 2235 1073 KUALA SELANGOR tiada 17 KUALA LANGAT 1425 204 SEPANG tiada 20 JUMLAH 3945 4151 -
Berapa lama yang diperlukan untuk pemprosesan permohonan tanah kerajaan kepada hak milik persendirian?
Tempoh masa yang diperlukan bagi memproses permohonan tanah Kerajaan kepada hakmilik persendirian adalah seperti berikut:-
Nota :
PTD : Pejabat Tanah Daerah
PTG : Pejabat Tanah dan Galian Selangor
Pelan QT : Pelan Qualified Title
SUMMKN : Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri c)
- Di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara, Pemberimilikan Tanah Kerajaan adalah untuk satu tempoh yang tidak melebihi daripada sembilan puluh sembilan (99) tahun.
- Walau bagaimanapun di bawah peruntukan seksyen 76(aa) (ii) dan (iii) Kanun Tanah Negara 1965, pemberimilikan tanah secara pegangan selama-lamanya boleh dilaksanakan jika
- Sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam (seksyen 76(aa) (ii)) dan jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang memerlukan ia berbuat demikian (seksyen 76(aa) (iii)).
- Bagi pemberimilikan dalam keadaan-keadaan khas, Kerajaan Negeri Selangor menerima pakai “Ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-64 Mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-Keadaan Khas Untuk Pegangan Selama-Lamanya Di Bawah Seksyen 76(aa)(ii) Kanun Tanah Negara 1965” melalui Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2009.
- Bagi tanah-tanah yang telah diberimilik secara pegangan pajakan, penukaran status pegangan pajakan kepada pegangan kekal hanya apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang memerlukan ia berbuat demikian. Selaras dengan apa yang digariskan oleh Mesyuarat ke-64 Majlis Tanah Negara, Kerajaan Negeri dikehendaki merujuk kepada MTN untuk mendapat persetujuan sekiranya pemberimilikan secara pegangan kekal dalam keadaan-keadaan khas tertentu diperlukan.
- Kanun Tanah Negara 1965 tidak memperuntukkan secara khusus apakah keadaan-keadaan khas tersebut, sebaliknya Garis Panduan melalui Mesyuarat ke-64 Majlis Tanah Negara telah jelas menyatakan bahawa Kerajaan Negeri dikehendaki
- Merujuk semula kepada Majlis Tanah Negara untuk mendapat persetujuan sekiranya pemberimilikan secara pegangan kekal dalam keadaan-keadaan khas tertentu diperlukan selaras dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Artikel 91(5) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh yang demikian, Pihak Berkuasa Negeri perlu memberikan asas yang kukuh kepada Majlis Tanah Negara jika sesuatu tanah dicadangkan diberimilik secara pegangan kekal di mana termasuk dalam keadaan-keadaan khas di bawah Garis Panduan tersebut.
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap pemberimilikan tanah pegangan kekal( free hold )?