Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
36) PEMBERIAN TONG SAMPAH PERCUMA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik terkumpul sehingga kini dan di manakah wang tersebut dibelanjakan?
Kerajaan Negeri telah mengambil langkah mengadakan larangan untuk memberikan beg plastik secara percuma dan larangan penggunaan polisterina oleh pengguna di Negeri Selangor. Kempen yang diadakan ini adalah bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai bahaya beg plastik terhadap alam sekitar dan kesihatan. Menerusi kempen ini, pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam siri promosi kempen dan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuklah memperkasakan budaya untuk membawa beg sendiri ketika berbelanja. Pada ketika ini, program ini adalah terfokus kepada premis dan peniaga yang menyediakan beg plastik dalam skala yang besar kepada pengguna, seperti di pasar raya, super mart, pasar raya mini dan sebagainya.
Bermula 1 Januari 2020, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah untuk menambahbaik mekanisma pelaksanaan Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor bagi mendapatkan data yang lebih menyeluruh mengenai statistik kutipan caj beg plastik. Jumlah kutipan beg plastik akan diserahkan oleh premis-premis perniagaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sehingga Jun 2020, sebanyak 1,945 premis telah berdaftar dengan PBT di bawah Program Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor dengan kutipan terkumpul sebanyak RM546,724.92. Pada ketika ini Kerajaan Negeri melalui PBT Negeri Selangor masih dalam proses penerimaan dan pengumpulan jumlah kutipan caj beg plastik dari para peniaga. Jumlah kutipan yang terkumpul akan disalur ke Akaun Tabung Amanah Kerajaan Negeri Selangor dan Akaun Tabung Amanah yang ditetapkan di PBT masing-masing bagi tujuan program-program berkaitan alam sekitar di Negeri Selangor seperti aktiviti berkaitan kebersihan dan kelestarian alam sekitar termasuklah pemberian tong sampah secara percuma bagi kegunaan komuniti.
-
Mampukah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik disalurkan kepada PBT berstatus Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah bagi sumbangan tong sampah percuma kepada penduduk?
Jumlah kutipan yang terkumpul akan disalur ke Akaun Tabung Amanah Kerajaan Negeri Selangor dan Akaun Tabung Amanah yang ditetapkan di PBT masing-masing bagi tujuan program-program berkaitan alam sekitar di Negeri Selangor seperti aktiviti berkaitan kebersihan dan kelestarian alam sekitar termasuklah pemberian tong sampah secara percuma bagi kegunaan komuniti.