Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

46) PEMBERIAN TONG SAMPAH MGB120 LITER PERCUMA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik terkumpul sehingga kini dan dimanakah wang tersebut dibelanjakan?

    Jumlah kutipan RM0.20 bagi Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor bagi tahun 2020 sehingga 2023 sebanyak RM35,988,836.29 seperti jadual berikut:

     

    BIL TAHUN

    PECAHAN

    JUMLAH (RM)

    KN (60%)

    PBT (40%)

    1. 2020

    3,991,739.47

    2,661,159.65

     

    6,652,899.12

    2. 2021

    5,011,736.36

    3,500,831.37

     

    8,512,567.73

    3. 2022

    5,924,675.09

    3,949,783.40

     

    9,874,458.49

    4. 2023

    6,290,882.97

    3,862,254.62

     

    10,153,137.60

    JUMLAH

    21,219,033.89

     

    13,974,029.04

     

    35,193,062.94

     

    Hasil daripada kutipan ini, pelbagai program alam sekitar telah dilaksanakan bermula tahun 2021. Kerajaan Negeri telah menyalurkan sejumlah peruntukan kepada persatuan, badan bukan Kerajaan, Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan Rumah Ibadat. Peruntukan ini juga telah disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Selangor bagi aktiviti pemasangan solar. Perincian penyaluran seperti di Lampiran.

  2. Mampukah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik disalurkan kepada PBT berstatus Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah bagi sumbangan tong sampah percuma kepada penduduk?

    Kerajaan Negeri tiada perancangan menggunakan hasil kutipan tersebut bagi membeli tong sampah untuk disumbangkan kepada penduduk.