Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

28) PEMBERIAN TONG SAMPAH MGB120 LITER PERCUMA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan PBT yang telah mengadakan inisiatif untuk memberi tong sampah MGB120 liter kepada setiap rumah kediaman di kawasan pentadbiran sejak beberapa tahun yang lepas. Berikan bilangan tong sampah serta perbelanjaan yang terlibat untuk setiap satu PBT yang melakukan inisiatif ini.

    Sejak tahun 2017, terdapat enam (6) PBT negeri Selangor telah bergiat aktif dalam melaksanakan inisiatif pemberian tong sampah MGB120 liter senarai PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Langat.

    Secara keseluruhannya sebanyak 237,502 buah tong sampah telah diedarkan kepada rumah-rumah kediaman di kawasan PBT  yang terlibat dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM12.85 juta.

    Jadual berikut adalah perincian bilangan tong sampah serta perbelanjaan bagi setiap PBT yang telah melaksanakan inisiatif tersebut:

Lampiran

Tiada Lampiran.