Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

226) PEMBERIAN TOL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah TOL yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk kawasan DUN Subang Jaya sejak tahun 2008? Sila berikan butir-butir seperti nama pemilik TOL, kegunaan tanah, tarikh luput TOL dan lokasi tanah

    1. TOL yang telah dikeluarkan oleh Pentadbiran ini sejak tahun 2008 adalah sebanyak 7 Lesen dan butirannya adalah seperti berikut :

     

    Bil Nama Pemegang TOL Kegunaan Tanah Tarikh Luput Lokasi
    1 Surtar Singh a/l

    Sudhu Singh

    Tapak Semaian 31.12.12 Plot A, Simpanan

    TNB PJS 7

    2 MPSJ Kiosk Penjaja 31.12.12 Jalan USJ 8/2
    3 MPSJ Kiosk Penjaja 31.12.12 Jalan USJ 1/19
    4 MPSJ Kiosk Penjaja 31.12.12 Pangsapuri Angsana SSJ 1
    5 MPSJ Kiosk Penjaja 31.12.12 Kaw Hijau USJ 1
    6 Kuil Varatharajah Sri Tempat Kereta Letak 31.12.12 Pers    Kewajipan Subang Jaya
    7 Tadika Melodi Sri Tadika 31.12.12 Tapak       Rumah Ibadat Jalan PJS

    7/13

  2. Siapakah yang menentukan pemberian TOL?

    1. Pentadbir Tanah setelah mendapat ulasan dan komen daripada Jabatan-Jabatan Teknikal seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya, Tenaga Nasional Bhd, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan agensi-agensi lain yang
  3. Nyatakan faktor dan proses yang terlibat untuk pemberian TOL dan nyatakan perbezaan (jika ada) di bawah pemerintahan kerajaan negeri baru.

    1. di bawah Kerajaan Negeri baru, permohonan TOL akan diputuskan oleh Pentadbir  Tanah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tanah Daerah yang pad kebiasaannya akan bersidang pada setiap bulan. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil Jabatan-Jabatan Teknikal yang berkaitan. Berbeza sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat dengan tatacara menimbangkan permohonan TOL sebelum Kerajaan baru, Pentadbir Tanah Daerah boleh meluluskan TOL setelah mendapat perakuan Jawatankuasa Tanah Daerah bagi kawasan yang luasnya tidak lebih daripada 3

Lampiran

Tiada Lampiran.