Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

162) PEMBERIAN TANAH UNTUK TAPAK SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah tapak tanah SJKC yang telah diluluskan oleh KNS sejak 5 tahun lalu.

    a & b) Jumlah tapak tanah sekolah yang diluluskan oleh KNS sejak 5 tahun lalu adalah seperti berikut;

    DAERAH SJKC SJKT SRA
    PETALING 2 8
    HULU LANGAT 7
    GOMBAK 1 1
    KLANG 5 3 9
    SEPANG 3 5
    KUALA LANGAT 1
    KUALA SELANGOR 2 5
    HULU SELANGOR 1 4
    SABAK BERNAM 5
    JUMLAH 7 15 40

     

    Sekiranya terdapat permohonan untuk pemberimilikan tanah bagi tujuan SMP Cina, permohonan akan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan ulasan daripada Jabatan Teknikal dan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia selaras Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 2/1995 : Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Swasta Kurikulum

  2. Sila nyatakan jumlah tapak tanah SJKT dan SAR yang diluluskan oleh KNS sejak 5 tahun lalu.

  3. Apakah KNS bersedia meluluskan tapak tanah untuk SMP Cina?

Lampiran

Tiada Lampiran.