Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
184) PEMBERIAN TANAH UNTUK TAPAK SEKOLAH
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan tanah yang telah diluluskan oleh MMKN kepada sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Tamil sejak 3 tahun yang lepas ?
Berikut adalah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan Tamil sejak 3 tahun yang lepas mengikut pecahan daerah:-
BIL DAERAH SAR SJK (TAMIL) SJK (CINA) 1. PETALING 2 tiada tiada 2. KLANG tiada tiada tiada 3. GOMBAK tiada 3 3 4. HULU LANGAT 13 1 5 5. KUALA LANGAT tiada tiada tiada 6. KUALA SELANGOR tiada tiada 1 7. SABAK BERNAM 1 2 10 8. HULU SELANGOR 4 2 1 9. SEPANG tiada tiada tiada JUMLAH 20 8 20 -
Sila nyatakan apakah polisi Kerajaan Negeri terhadap isu permohonan tanah untuk sekolah pelbagai aliran ?
Tiada polisi kerajaan Negeri berkaitan dengan permohonan tanah untuk kegunaan sekolah pelbagai aliran. Walau bagaimanapun, penyediaan tapak untuk kegunaan sekolah bergantung kepada keperluan dan perancangan yang hendak dilaksanakan. Berdasarkan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor telah menetapkan keperluan penyediaan kemudahan pendidikan adalah di Lampiran A.
LAMPIRAN A
Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor
-
Sila nyatakan apakah Kerajaan bersedia memberikan sekeping tanah kepada Lembaga Pengurus sekolah Menengah Persendirian Cina untuk membina sebuah sekolah Baru di sekitar daerah Klang bagi menyelesaikan masalah bilangan pelajar yang bertambah sejak mutakhir ini ?
Pada masa ini, tiada dasar bagi kerajaan memberi tanah kepada Lembaga Pengurus Sekolah Persendirian.
Pejabat Daerah/Tanah Klang bersedia untuk memproses permohonan tukar syarat mana-mana tanah persendirian bagi tujuan pembinaan sekolah tertakluk kepada sokongan dan ulasan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan dan akan dimajukan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.