Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

19) PEMBERIAN TANAH KEPADA TEMPAT IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah tanah yang telah diberikan untuk kegunaan tempat ibadat selain Islam sejak tahun 2008 dan senaraikannya.

    Jumlah tanah yang telah diberikan untuk kegunaan tempat ibadat selain Islam sejak tahun 2008 adalah sebanyak 196 tapak seperti di jadual dibawah :

     

    TAHUN BILANGAN TAPAK
    2008 43
    2009 24
    2010 22
    2011 25
    2012 16
    2013 31
    2014 20
    2015 15
    JUMLAH 196

     

    Bilangan ini adalah berdasarkan permohonan yang telah diterima daripada pihak Pejabat Tanah dan Daerah seterusnya di sokong di dalam Mesyuarat Hal Ehwal Selain Islam dan diluluskan oleh MMKN. Senarai tapak yang diberikan adalah seperti yang terdapat di lampiran A.

  2. Nyatakan perancangan kerajaan bagi peruntukan tanah kegunaan tempat ibadat selain Islam pada masa hadapan dengan lebih adil dan terancang.

    Kerajaan Negeri merujuk MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI SELANGOR yang dikeluarkan oleh pihak JPBD Negeri Selangor sebagai panduan perancangan penyediaan kemudahan keagamaan tempat ibadat Islam dan selain Islam. Garis panduan tersebut menetapkan piawaian yang tertentu bagi kemudahan keagamaan seperti Masjid, Surau dan Tempat Ibadat Selain Islam seperti jadual di bawah:

     

     

    Rumah Ibadat Keluasan Tadahan penduduk
    Masjid 2.5 ekar (minimum) 20,000 orang
    Surau 0.5 ekar (minimum) 2,500 orang
    Tokong  

    Tidak melebihi 0.5 hektar

     

    5,000 orang /

    2,600 penganut

    Kuil
    Gereja
    Lain-lain

     

    MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI

    SELANGOR telah menjadi panduan dan digunapakai oleh semua PBT dan Pejabat Tanah Dan Daerah di Negeri Selangor dalam memberi pertimbangan dalam setiap permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.