Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

306) PEMBERIAN TANAH KEPADA SEKOLAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan Kementerian Pendidikan telah memberi kelulusan kepada SMJK Yu Hua 2, dan tanah yang diperuntukkan oleh pemaju sebagai penderma kurang daripada 10 ekar, adakah Kerajaan Negeri sedia memberi sebidang tanah seluas melebihi 10 ekar seperti yang disyaratkan oleh kementerian

    Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan penyediaan tanah untuk tujuan pembinaan sekolah melalui pemakaian Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor. Bagi pembangunan yang menjana tadahan penduduk berjumlah dari 3,000 orang hingga 7,500 orang perlu menyediakan tapak sekolah rendah seluas 6 ekar. Manakala pembangunan yang menjana tadahan penduduk berjumlah 9,000 orang perlu menyediakan tapak sekolah menengah seluas 9 ekar. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan mana-mana pemilik tanah yang berhasrat untuk menyerahkan tanah bagi tujuan tapak sekolah atau membangunkan tanah miliknya sebagai sekolah bantuan modal. Bagi pemilik yang berhasrat membangunkan tanah miliknya sebagai sekolah bantuan modal dan diperakukan oleh Kementerian Pendidikan atau berdaftar dengan majlis atau jabatan agama Islam, insentif akan diberikan melalui cukai tanah secara nominal berjumlah RM1.00 per hak milik. Bagi kes SMJK Yu Hua 2, sekiranya penderma tanah kurang 10 ekar,  dan terdapat tanah Kerajaan yang sesuai untuk dijadikan sekolah, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan untuk meluluskan pemberimilikan sebagai tapak sekolah bantuan

Lampiran

Tiada Lampiran.