Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

162) PEMBERIAN SIJIL TAULIAH BERCERAMAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat inisiatif khas untuk memudahkan para asatizah di Negeri Selangor yang mendukung hasrat Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam menyebarkan kefahaman Islam yang syumul untuk mendapatkan tauliah?

    Ya. MAIS dan JAIS telah menawarkan Perkhidmatan Digital Pengurusan Tauliah Mengajar  Negeri Selangor untuk memudahkan para asatizah memohon Tauliah secara dalam talian sepenuhnya (end to end).

    Bagi mengurangkan kegagalan dalam ujian dan temu duga, , Bahagian Dakwah JAIS telah mengambil inisiatif melaksanakan Kursus Pra Permohonan Tauliah Mengajar Mulai tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.