Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

164) PEMBERIAN LOT TANAH KEDIAMAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bancian penduduk di kawasan Taman Segar di U5, Shah Alam telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Daerah Petaling sejak dua tahun yang lalu. Sehingga kini tiada maklum balas langsung mengenai status permohonan mereka untuk mendapatkan geran tanah lot kediaman tersebut . Proses temuduga dan bantahan selepas bancian juga nampaknya belum dilaksanakan. Apakah perancangan Kerajaan Negeri mengenai pemberian geran lot tanah kediaman bagi kawasan ini ?

    Pentadbiran ini telah mengemukakan Kertas Ringkasan ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada Tahun 2009. Walau bagaimanapun, Kertas Ringkasan tersebut telah dikembalikan oleh Pejabat Tanah Galian Selangor untuk diangkat secara berkelompok. Siasatan dan lawatan semula ke tapak perlu dilakukan sekali lagi oleh Pegawai Petempatan sebelum Kertas Ringkasan disediakan semula.

  2. Apakah menyebabkan proses pemberian lot tanah kediaman ini begitu lama ?

    Selain itu polisi Kerajaan Negeri sebelum meluluskan sesuatu pemberimilikan tanah kerajaan seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN ke 27/2011) bertarikh 10 Ogos 2011 adalah seperti berikut:-

    1. Tapak yang dipohon mestilah telah diusahakan.
    2. Dimestikan berumur 50 tahun ke atas.
    3. Telah ada bangunan kediaman di atas tapak yang dipohon.

    Pejabat Tanah dan Daerah Petaling juga merupakan ‘Pilot Project’ bagi permohonan Lanjut Tempoh Pajakan bagi Skim Pemilikan Tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian di Negeri Selangor mengikut pekeliling PTB Selangor bilangan 6/2011.

    Syarat-syarat yang baru ini perlu dimasukkan ke dalam Kertas Ringkasan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada 12 Mac 2012.

    PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT

Lampiran

Tiada Lampiran.