Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

188) PEMBERIAN BORANG 5A BAGI KAMPUNG MASJID PEKAN SUNGAI BULOH DI BAWAH PEJABAT TANAH DAERAH GOMBAK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jabatan teknikal manakah yang masih belum mengeluarkan laporan berhubung permohonan tanah tersebut sedangkan ia hanya melibatkan permohonan yang sedikit?

    Permohonan pemberimilikan bagi tujuan kediaman di Kampung Masjid yang melibatkan seramai lima belas (15) pemohon sedang diproses bagi tujuan penyediaan Kertas Ringkasan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG). PDTG telah menerima ulasan dari kesemua jabatan teknikal berhubung permohonan di kawasan ini.

     

  2. Apakah Pejabat Tanah Daerah Gombak dapat memberikan Borang 5A kepada semua pemohon sebelum bulan Ogos 2017 ini?

    Notis 5A belum boleh dikeluarkan lagi memandangkan proses pemberimilikan masih berjalan dan hanya akan dikemukakan kepada pemohon selepas PDTG menerima keputusan daripada MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.