Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

41) PEMBERIAN BAUCAR AIR PERCUMA KEPADA PANGSAPURI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah atau nilai baucar air yang telah diberi kepada pangsapuri di Selangor. Sila senaraikan pangsapuri di bawah MPAJ yang dapat baucar air mengikut DUN.

    Sejak program rebet air percuma diperkenalkan pada bulan Jun 2010, lebih kurang RM11.87 juta nilai rebet air percuma telah diberi kepada 250 kawasan pemajuan pangsapuri yang terdiri daripada 77,378 unit kediaman.  Bagi kawasan di bawah MPAJ, sebanyak 43 kawasan pemajuan pangsapuri terdiri daripada 15,634 unit kediaman telah membuat tuntutan rebet air percuma seperti  di  LAMPIRAN A.

  2. Apakah sistem pemantauan yang ada untuk memastikan baucer tersebut tidak disalahgunakan?

    Pelaksanaan program pemberian rebet air percuma pada peringkat awalnya  dilaksanakan melalui kupon. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam melaksanakan kaedah ini berikutan kekurangan tenaga kerja daripada pihak pengurusan bangunan sama ada pihak pemaju, Badan Pengurusan Bersama [Joint Management Body (JMB)] atau Perbadanan Pengurusan [Management Corporation (MC)] yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam tuntutan kepada SYABAS. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga terpaksa  menanggung kos tambahan bagi  kerja-kerja percetakan kupon.  Justeru itu, pada tahun 2011, penggunaan kupon telah dimansuhkan dan diganti dengan kaedah pengebilan amaun rebet air percuma secara automatik pada bil air unit kediaman setiap pembeli. Kaedah terbaru ini  adalah lebih telus, mudah dan sukar untuk disalah guna oleh pemaju, JMB atau MC.

    Selanjutnya pada tahun 2012, kaedah pemberian rebet air percuma dipermudahkan melalui konsep “LAPOR DAN DAPAT” dengan format tuntutan kepada SYABAS yang lebih ringkas supaya pengagihan rebet air percuma dapat dibuat secara berkesan dan meluas kepada semua pangsapuri kos rendah di negeri Selangor.

     

    LAMPIRAN A

    Senarai Pangsapuri Di bawah kawasan MPAJ Yang Telah Menerima Rebet Air Percuma

    BIL. NAMA KAWASAN PEMAJUAN JUMLAH UNIT
    KEDIAMAN
    1. 700 Pandan Perdana 700
    2. Taman Ampang Mewah 518
    3. Blok A Taman Industri Lembah Jaya 525
    4. Sri Intan 208
    5. Al-Ridhuan 301
    6. 610, Jalan Pandan Indah 610
    7. Nusa Kurnia 200
    8. Merpati A 430
    9. Merpati B 350
    10. Blok 2 Desa Lembah Permai 330
    11. Mega Indah 200
    12. Taman Ampang Mewah, Jalan Mewah 8 428
    13. Blok A & B Pandan Ria 544
    14. Pangsapuri Cemara 1 & 2 466
    15. Pangsapuri Mesra Ria 384
    16. Pangsapuri Kenanga 200
    17. Pangsapuri Meranti 322
    18. Blok C Jalan Pandan Indah 1 (Pandan Ria) 288
    19. Blok D Jalan Pandan Indah 1 (Pandan Ria) 244
    20. Pandan Cahaya (P. Cahaya Dev) 240
    21. Pangsapuri Sri Nilam 1920
    22. Pangsapuri Sunrise 118
    23. Blok Kemboja, Jalan Wawasan 3 100
    24. Blok Tanjung Merdeka Villa 240
    25. Blok C Mutiara Tmn Sri Merdeka 70
    26. Blok B, Jed Tmn Sri Merdeka 70
    27. Blok A Delima, Tmn Sri Merdeka 80
    28. Apartmen Kos Rendah A1, Taman Bukit Segar 190
    29. Apartmen Kos Rendah A2 & A3, Taman Bukit Segar 380
    30. Apartmen Kos Rendah A4 & A5, Taman Bukit Segar 380
    31. Apartmen Kos Rendah A6 & A7, Taman Bukit Segar 380
    32. Pangsapuri Bukit Baru 600
    33. Lembah Maju 504
    34. Blok Meranti Taman Cheras Hartamas 120
    35. Kondominium Renjana Ampang 168
    36. Prima Court 234
    37. Pangsapuri Hata Square 352
    38. Pangsapuri Sri Baiduri 800
    39. Pangsapuri Permai Jaya, Kelompok Camar 190

     

    BIL. NAMA KAWASAN PEMAJUAN JUMLAH UNIT
    KEDIAMAN
    40. Rumah Pangsa Jalan AU3/1, Blok 9 60
    41. Rumah Pangsa Jalan AU3/1, Blok 10 60
    42. Rumah Pangsa Jalan AU3/1, Blok 11 60
    43. Rumah Pangsa Jalan AU3/1, Blok 13 40
    JUMLAH 15,634
  3. Siapakah yang menerima baucar? Penduduk, JMB atau persatuan? Kenapa?

    Sama seperti SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.