Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

221) PEMBERIAN BANTUAN BIASISWA & INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pemberian biasiswa mengikut komposisi kaum?

    Kerajaan Negeri di bawah Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah melaksanakan pemberian convertable loan kepada peminjam-peminjam yang menamatkan pengajian dengan cemerlang. Pinjaman tersebut akan dijadikan biasiswa mengikut pencapaian CGPA akhir peminjam selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor Bil.1 Tahun 2003. Peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pemberian biasiswa (convertable loan) mulai tahun 2003 sehingga 30 Jun 2012 adalah sebanyak RM4,288,487.45. Pecahan perbelanjaan mengikut komposisi kaum adalah seperti berikut:

    Kaum Bilangan
    Melayu RM2,793,157.20
    Cina RM1,162,896.25
    India RM332,434.00
    Keseluruhan RM4,288,487.45
  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memberikan Pendidikan Percuma kepada rakyat Negeri Selangor pada masa hadapan?

    Pada masa kini, Pendidikan Percuma kepada rakyat Negeri Selangor telah melaksanakannya di Kolej INPENS.

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menubuhkan secara sendiri Institusi Kemahiran Tinggi dan juga Universiti di Negeri Selangor pada masa hadapan?

    Pada masa kini, kerajaan Negeri Selangor belum berhasrat untuk menubuhkan Pusat Kemahiran Tinggi sendiri, tetapi Kerajaan Negeri memberi fokus kepada Institusi Pengajian Tinggi Negeri Selangor (universiti) iaitu Kolej Universiti Islam (KUIS) dan Unisel. Kerajaan Negeri sedang membuat kajian mengenai keperluan dan fokus pendidikan yang wajar untuk diletakkan di bawah Pendidikan Kerajaan Negeri dan hubung kaitnya dengan sistem pendidikan Persekutuan. Ini bertujuan untuk membuat perancangan yang lebih holistik dan sistematik kerana kita mahu mengelakkan masalah polisi yang sentiasa bertukar kerana kurang relevan dan tidak mencapai tujuan proses pendidikan itu sendiri atau lebih dikenali sebagai polisi “flip flop” yang merugikan banyak masa, wang ringgit dan melambatkan pencapaian matlamat untuk mencapai visi dan matlamat di Negeri / Negara

Lampiran

Tiada Lampiran.