Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

8) PEMBERIAN AIR PERCUMA KEPADA RUMAH PANGSA KOS RENDAH MELALUI SISTEM KUPON

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak unit rumah kos rendah yang telah menerima bekalan air 20 meter padu pertama yang percuma sehingga hari ini. Sila beri data mengikut pecahan PBT.

    Untuk makluman YB, sebanyak 59,127 unit rumah kos rendah di 214 kawasan pangsapuri Kos Rendah yang masih menggunakan meter pukal telah menerima rebet air Senarai data mengikut kawasan PBT adalah seperti berikut:

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN BIL.UNIT BIL.KAWASAN
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 5,254 33
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 16,604 20
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 8,893 22
    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 13,510 49
    5. Majlis Perbandaran Klang 6,590 51
    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN BIL.UNIT BIL.KAWASAN
    6. Majlis Perbandaran Selayang 5,789 18
    7. Majlis Perbandaran Kajang 3,798 18
    8. Majlis Perbandaran Sepang 125 1
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 300 1
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 352 3
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor Tiada pangsapuri kos rendah yang

     

    12. Majlis Daerah Sabak Bernam menggunakan meter air pukal
    JUMLAH KESELURUHAN 61,215 216

     

  2. Berapa banyak lagi yang belum menikmati manfaat program ini dan apakah sebab-sebabnya?

    Sejumlah 3,500 unit melibatkan 14 kawasan pangsapuri kos rendah melibatkan masih belum menerima rebet air percuma kerana ketiadaan pengurusan bangunan yang sah yang bertanggungjawab atau kesukaran Pihak Pengurusan Bangunan memberi komitmen untuk menguruskan pengagihan rebet air percuma kepada penduduk

  3. Adakah program yang sama akan diperluaskan kepada rumah-rumah pangsa kos sederhana?

    c Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar pemberian rebet air percuma bagi pangsapuri Bukan Kos Rendah, diberi secara automatik melalui pelaksanaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu.

Lampiran

Tiada Lampiran.